
SWA Discovery Workshop di Kem Kijang, Kelantan
SWA Discovery Workshop peringkat negeri Kelantan telah diadakan di Kem Kijang, Kelantan. Seramai 60 orang peserta dari pelbagai negeri seperti Terengganu, Johor, Pahang dan sebagainya. Bengkel ini berlangsung selama 3 hari iaitu dari 13 Februari hingga 15 Februari 2020. Para peserta diberikan pendedahan tentang SW Award dengan lebih mendalam. Kesemua 17 matlamat Sustainable Development Goals juga turut dijelaskan semasa bengkel tersebut. Kami juga turut dididik untuk menyiapkan kerja dan tanggungjawab yang diberikan dalam masa yang singkat. Aktiviti yang paling menarik sekali ialah kami diberikan masa selama 4 jam untuk membuat eksplorasi di kawasan sekitar Kem Kijang yang terdapat banyak kawasan taman perumahan. Saya dan ahli kumpulan saya sempat bertemu bual dengan beberapa orang penduduk komuniti di situ untuk bertanyakan masalah yang timbul dan menyelesaikan masalah tersebut dengan membangunkan projek SWA di kawasan berkenaan. Selain itu, kami turut mempelajari cara menyediakan kertas kerja projek SWA dengan lengkap dan baik. Setiap peserta juga diberikan peluang untuk melatih diri membentangkan projek dan secara langsung mendapat komen daripada juri-juri yang bertugas untuk penambahbaikan agar lebih baik pada masa hadapan.