SWA Discovery Workshop
Pada 13 Feb hingga 15 Feb 2020 iaitu pada hari Khamis hingga Sabtu telah berlangsungnya satu SWA DISCOVERY WORKSHOP bertempat di Kem Kijang Kelantan.Bengkel ini disertai seramai 60 orang pengakap dari 4 negeri iaitu Kelantan,Terengganu,Pahang dan Johor.Pengakap itu pula terdiri daripada ahli pengakap Kelana, Pengakap Remaja, Pengakap Laut dan Pengakap Udara. Tujuan bengkel ini ialah untuk memberikan pendedahan,penerangan dan pengetahuan secara lengkap tentang cara-cara untuk membuat projek yang melayakkan untuk mendapat anugerah 'Scout of The World Award'. Dalam bengkel ini telah diajar dengan dalam tentang Sustainable Development Goals (SDG), Better World Framework.Selepas bengkel ini, setiap peserta akan diberikan pasport iaitu SW AWARD PASSPORT. Peserta juga akan disoal terlebih dahulu tentang Better World Framework, SDG, dan projek mereka. Banyak aktiviti menarik dan permainan yang berkait dengan SDG dan BWF telah dibuat.Antara nya ialah:
Khamis:
Sesi 1-Scouts of the World Award & Global Challenge
Sesi 2-Scout for SDG-Game SDG Treasure Hunt
Sesi 4-The World Game
Jumaat:
Sesi 5-Perancangan & Implementasi Eksplorasi
Sesi 6- Eksplorasi Projek
Sesi 7-Refleksi Eksplorasi Projek
Sesi 8-The Hydro Electric Plant(Part1)
Sesi 9-The Hydro Electric Plant (Part 2)
Sesi 10-Sharing Session SWA
Sabtu
Sesi 11-Pengurusan Projek & Konsep Penilaian SWA
Sesi 12- Ringkasan Kursus