SDGs and BWF For A Better Life
Profile picture for user Aidil_Megat_1
Malaysia

SDGs and BWF For A Better Life

Pada 22-26 November 2019 yang lalu, Persekutuan Pengakap Malaysia telah menjalankan sebuah program Iskandar Puteri Sustainable Development Goals (IPSDG) bertempat di Iskandar Puteri, Nusajaya, Johor Bahru, Johor. Program ini telah dihadiri 1195 orang peserta SDGs, 113 orang peserta Scoutmasters Summit dan 90 orang petugas yang terdiri daripada golongan muda yang berusia 30 tahun kebawah.

Program ini julung kali diadakan bagi memberikan pendedahan kepada golongan muda agar mengenali dan memahami 17 elemen dalam Sustainable Development Goals (SDGs) yang telah di wujudkan oleh United Nations (UN) bagi membina pembangunan dari pelbagai aspek yang kukuh.

Selain itu, Program Betterworld Framework (BWF) yang diperkenalkan oleh Organisasi Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM) juga di adaptasikan dalam program ini. Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan seperti Sistem Pangkalan SDGs, Scouts Go Solar (SGS), He for She, Scouts of the World Award (SWA), Messenger of Peace (MoP), World Scout Environment Program (WSEP), Dialogue for Peace, Patrimonito. Persatuan Pandu Puteri Malaysia juga turut hadir memberi sokongan terhadap program ini dengan mengendalikan SDGs 5 iaitu Gender Equality. Tambahan pula, Program Robotic Challenge daripada Revolusi Industri 4.0 juga diadakan bagi memberi pendedahan lebih mendalam kepada peserta yang hadir.

Sebagai ahli pasukan penganjur, saya sendiri telah mengambil tanggungjawab bagi memastikan segala persiapan program berjalan lancar di bawah pengurusan logistik. Saya bersama 7 orang petugas bertungkus lumus mengendalikan kerja-kerja logistik dari segi keselamatan, kebersihan dan kebajikan sepanjang program ini berlangsung.

Persekutuan Pengakap Malaysia komited dalam menjalankan inisiatif daripada UN dan WOSM dengan lebih proaktif dalam menempuh cabaran dunia yang sofistikated ini.

Started Ended
Number of participants
1398
Service hours
58716
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme
Youth Engagement
Legacy BWF
Partnerships

Share via

Share