Mendamaikan hati dalam kursus Koordinator Messengers of Peace Peringkat Kebangsaan 2019
Malaysia

Mendamaikan hati dalam kursus Koordinator Messengers of Peace Peringkat Kebangsaan 2019

Kursus Koordinator Messengers of Peace  tahun 2019 telah diadakan buat kali pertama untuk negeri Sabah pada 01 November 2019 hingga 03 November 2019 bertempat di Scout Nature Park, Sandakan, Sabah. 

Seramai 80 orang ahli pengakap yang terdiri daripada segenap lapisan iaitu Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri sehinggalah ahli Pengakap Kelana telah menyertai kursus ini. 

Banyak input yang diperolehi semasa menyertai kursus ini, antaranya ialah mengenai peranan ahli pengakap dalam menyebarkan MoP dalam kalangan ahli pengakap dan org luar serta bagaimana cara untuk ahli Pengakap menyumbang atau turut menceburkan diri dalam Sustainable Development Goals.

Pada pengakhiran kursus, semua peserta telah membuat akujanji untuk membuat projek bagi melaksanakan pelan tindakan bg tahun 2020 - 2021 dalam usaha memperkasakan pengakap di persada negara dan juga mencetuskan sumber pendapatan untuk ahli pengakap khususnya dan masyarakat umum amnya

 

Started Ended
Number of participants
80
Service hours
1440
Location
Malaysia

Share via

Share