Maju Bersama Alam Lestari - 1st Sustainable Development Goals International Camp 2019
EDUCITY SPORTS COMPLEX, ISKANDAR PUTERI, JOHOR: 22 – 26 NOVEMBER 2019
Pengakap 20 SMK Pengerang Utama (PERTAMA) telah menyertai kem 1st Sustainable Development Goals International 2019 peringkat antarabangsa yang berlangsung selama 6 hari bertempat di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor. Program tersebut yang disertai oleh seramai 1398 peserta (peserta Robotic Challenge, Scout Master Summit, Anugerah Scouts of the World Award) termasuk peserta dari beberapa pasukan Pengakap selain daripada negeri Johor seperti Negeri Sembilan, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang juga dimeriahkan lagi dengan penyertaan daripada beberapa peserta dari Pengakap India, Taiwan, Hong Kong dan Indonesia.
Menurut En.Taufiq Serah selaku pemimpin Pengakap SMK Pertama yang sama-sama menyertai program ini, berpendapat kem ini suatu yang amat berguna kepada para peserta kerana para peserta didedahkan dengan pelbagai pengetahuan am dan kemahiran untuk sentiasa menjaga kelestarian alam sekitar. Para peserta dididik agar sentiasa mengejar kemajuan tanpa merosakkan alam. Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan yang lebih kepada memberi pendidikan tentang Sustainable Development Goals. Antara yang menarik ialah pertandingan robotic dan juga Scout Gosolar.
Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Mej.Gen. Prof.Dato’Dr.Md.Zain Bin Bidin, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Program Kebangsaan Tn. Hj. Zulkifli Maulud, Pesuruhjaya Antarabangsa Dr. Mukhyuddin dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor Tn. Hj. Yaacob Bin A. Karim. Program seperti ini diharap dapat dilaksanakan lagi pada tahun depan dengan penyertaan yang lebih besar dan meriah.