Kemahiran Mengetahui Teori Penerbangan
Malaysia

Kemahiran Mengetahui Teori Penerbangan

Undang-Undang Udara a)    Mengetahui dan menerangkan mengenai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan fungsi-fungsinya. b)    Mengetahui dan menerangkan perbezaan VFR, IFR dan Special VFR. c)    Mengetahui dan menerangkan jenis-jenis ruang udara, yang dikawal dan tidak dikawal. d)    Mengetahui dan menerangkan maksud MSA, MEA, MAA danLowest Safety Altitude dan mengetahui peraturanquadrantal dan semi-circular. e)    Mengetahui dan menerangkan mengenai publikasi udara seperti AIP, AIC, MCAR dan sebagainya. f)     Mengetahui dan menerangkan syarat-syarat C of A, C of R, CMR, MEL, CDL, Lesen Radio dan beberapa dokumen penerbangan yang wajib dibawa semasa penerbangan. g)    Mengetahui dan menerangkan tempoh sah laku lessen seperti ATPL, CPL, PPL dan SPL serta syarat-syarat yang dikenakan ke atasnya. 2.    Teori Penerbangan a)    Mengetahui dan menerangkan prinsip aerodinamik pesawat terbang serta formula daya angkat. b)    Mengetahui dan menerangkan mengenai keseimbangan daya-daya yang terlibat dalam proses aerodinamik. c)    Mengetahui dan menerangkan bahagian-bahagian permukaan kawalan dan mengetahui paksi pergerakan pesawat di tiga paksi iaitu dongakan (pitch),olengan (roll), dan rewangan(yaw). d)    Mengetahui dan menerangkan bentuk-bentuk sayap kepak kaku serta mengetahui fungsi permukaan kawalan sekunder seperti flap dan spoiler. e)    Mengetahui dan menerangkan definisi-definisi aerofoil serta istilah-istilah teknikalnya. f)     Mengetahui dan menerangkan jenis-jenis enjin pesawat dan prinsip operasi enjin. 3.    Meteorologi a)    Mengetahui dan menerangkan mengenai ukuran-ukuran utama bagi penentuan cuaca lapangan terbang. b)    Mengetahui dan menerangkan bahagian-bahagian atmosfera. c)    Menerangkan tentangInternational Standard Atmosphere serta Enviromental Lapse Rate, iaitu DALR dan SALR. d)    Mengetahui dan menerangkan dan mengenali jenis-jenis awan dan proses pembentukannya. e)    Mengetahui dan menerangkan dan membincangkan proses kejadian hujan. f)     Mengetahui dan menerangkan hubungan antara tekanan dan pergerakan angina. g)    Menerangkan proses kejadian bayu laut dan bayu darat. h)    Menerangkan beberapa proses pembentukan kabus yang berbeza. i)      Menerangkan pelbagai jenis ais kerangka pesawat dan pembentukannya. 4.    Operasi Udara a)    Mengetahui dan menerangkan perbezaan di antara jenis-jenis lapangan terbang. b)    Mengetahui dan menerangkan satu contoh sumber data sesebuah lapangan terbang. c)    Mengetahui dan menerangkan simbol dan papan tanda lapangan terbang. d)    Mengetahui dan menerangkan lampu-lampu lapangan terbang. e)    Mengetahui dan menerangkan penunjuk arah angina dan kepentingannya semasa melakukan pendaratan dan pelepasan. f)     Mengetahui dan menerangkan susunan trafik lapangan terbang. g)    Mengetahui dan menerangkan kawasan trafik udara dan sistem komunikasi radio yang terlibat. h)    Mengetahui dan menerangkan sistem dan kelengkapan yang digunakan dalam kawalan trafik udara. i)      Mengetahui dan menerangkanwake turbulence atau gelora olak dan kaedah pemisahan. j)      Mengetahui dan menerangkan system anti bertembung atauanti-collision. 5.    Operasi Daratan a)    Mengetahui dan menerangkan tentang kaedah keselamatan dan sekuriti kawasan ramp. b)    Mengetahui dan menerangkan mengenai pengurusan bagasi dan kargo. c)    Mengetahui dan menerangkan prosedur sekiranya terdapat sebarang kemalangan. d)    Mengetahui dan menerangkan spesifikasi timbang dan berat sesebuah pesawat. e)    Mengetahui dan menerangkan cara-cara pengisian di dalam pesawat atau loading. f)     Mengetahui dan menerangkan apa itu barangan yang bahaya dan berisiko. g)    Mengetahui dan menerangkan cara-cara pengantar keluaran kapal atau aircraft dispatching. h)    Menunjukkan isyarat-isyarat dan kaedah-kaedah marshalling di antara krew darat dan krew udara. i)      Memahami bahaya-bahaya yang wujud di lapangan apron seperti FOD dan jet blast. j)      Mengetahui dan berupaya menerangkan peraturan keutamaan bagi pergerakan pesawat dan kenderaan lain di darat.  LENCANA AHLI UDARA KANAN KELAS I(SENIOR AIRMAN CLASS I) Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana Udara, sebagai mengakui berbagai pengetahuan dan kemahiran dalam perkara berhubung dengan teknikal pesawat, meteorologi lanjutan, navigasi, had kemampuan manusia, pengetahuan pengurusan trafik udara dan operasi penerbangan. 1.    Teknikal Pesawat a.    Mengetahui dan menerangkan lampu-lampu isyarat yang terdapat pada pesawat dan mengetahui penggunaannya. b.    Mengetahui dan menerangkan instrument utama alat radas yang dibawa di dalam pesawat terbang. c.    Mengetahui dan menerangkan secara asas alat-alat navigasi radio yang utama. d.    Mengetahui dan menerangkan bahagian-bahagian enjin pesawat. e.    Mengetahui dan menerangkan kaedah-kaedah walk-around. f.     Mengetahui dan menerangkan V1, VR dan V speed yang lain. 2.    Meteorologi Lanjutan a.    Mengetahui dan menerangkan maksud istilah-istilah meteorology seperti CAVOK, NOSIG, NSC, SKC, TEMPO, BCMG, PROB, METAR, TAFOR, SPECI, SIGMET dan sebagainya. b.    Mengetahui dan menerangkan kod-kod cuaca yang digunakan di dalam METAR, TAFOR, SPECI dan SIGMET. c.    Menafsirkan maklumat yang terkandung di dalam suatu METAR, TAFOR, SPECI atau SIGMET ke dalam bahasa yang mudah difahami. d.    Menerangkan mengenai ATIS. e.    Menafsirkan suatu transmisi ATIS ke dalam bahasa yang mudah difahami. f.     Memahirkan diri denganSignificant Weather Chart dan menerangkan simbol-simbol yang lazim digunakan di dalam carta tersebut. 3.    Navigasi a.    Mengetahui dan menerangkan jenis-jenis carta dan peta yang digunakan dalam navigasi dan simbol-simbol yang lazim digunakan. b.    Mengetahui dan menerangkan mengenai latitude dan longitude serta great circle, rhumb linedan istilah navigasi lain. c.    Mengetahui dan menerangkan arah mata angin azimut. d.    Mengetahui dan menerangkan mengenai heading, track dan drift. e.    Mengetahui dan menerangkan tentang one-in-60 rule. f.     Mengetahui dan menerangkan mengenai Grid MORA dan aras selamat yang lain. g.    Mengetahui dan menerangkan Koordinasi Waktu Dunia, UTC. h.    Menentukan waktu ETA dalam waktu tempatan dalam satu latihan yang diberikan oleh penguji. 4.    Had Kemampuan Manusia a.    Mengetahui dan menerangkan mengenai hypoxia dan gejala-gejalanya. b.    Mengetahui dan menerangkan mengenai hyperventilation dan gejala-gejalanya. c.    Mengetahui dan menerangkan mengenai mabuk udara dan gejala-gejalanya. d.    Mengetahui dan menerangkandecompression sickness dantime of useful consciousness. e.    Mengetahui dan menerangkanvertigo dan disorientation. f.     Mengetahui dan menerangkan alkohol dan kesan-kesan buruk kepada penerbangan. 5.    Pengetahuan Pengurusan Trafik Udara a.    Mengetahui dan menerangkan bahagian-bahagian di dalam kawasan lapangan terbang. b.    Mengetahui dan menerangkan bahagian-bahagian dalam litar atau circuit lapangan terbang. c.    Mengetahui dan menerangkan bahagian-bahagian dalam kawalan trafik udara sepertidelivery, ramp, ground, tower, approach dan sebagainya serta fungsinya. d.    Memahami proses dokumentasi seperti Pelan Penerbangan. e.    Mengenali dan boleh membezakan tanda-tanda isyarat runway, taxiway danramp. f.     Mengenali lampu-lampu isyaratrunway, taxiway dan ramp di waktu malam. 6.   Operasi Penerbangan a.    Mengetahui dan menerangkan perbezaan bahan api – bahan api yang digunakan oleh pesawat-pesawat yang berlainan. b.    Menunjukkan asas pengiraan bahan api. c.    Menerangkan mengenai destinasi alternative dan cara menentukan dan memilihnya. d.    Mengetahui dan menunjukkan kaedah mengisi pelan penerbangan ICAO. e.    Menerangkan mengenai asas-asas kaedah-kaedah departuredan arrival, seperti SID, STAR dan sebagainya. f.     Merancang satu perjalanan menggunakan carta Jeppesen atau seumpamanya.
Number of participants
5
Service hours
50
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Good Governance
Partnerships
Communications and Scouting Profile

Share via

Share