Bersemaraknya Bulan Keamanan Sedunia di Bumi Malaysia
Seramai 13975 ahli pengakap telah terlibat dalam menjayakan Bulan Keamanan Sedunia/ Hari Keamanan Sedunia 2019. Program ini telah dijalankan selama sebulan bermula dari 1 September hingga 30 September 2019 di seluruh Malaysia yang melibatkan 17 buah negeri termasuklah ibupejabat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), Kula Lumpur, N, Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Trengganu, Kelantan, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Sabah, Sarawak, Labuan, Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia dan Kumpulan Latihan Malaysia.
Pelbagai program dan acara yang telah dijalankan termasukkan plogging, pertandingan melukis, scuba, derma darah, konvoi keamanan, pembersihan pantai, penebus guna bahan terbuang dan lain-lain lagi. Penglibatan pengakap dari pelbagai peringkat bermula dari Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja, Pengakap Kelana, Pemimpin dan Pesuruhjaya.
Para peserta yang terlibat dengan program ini sangat berpuas hati dan menyatakan kebanggaan dan keseronokan mereka dalam menjayakan program ini. Setiap peserta akan dibekalkan dengan sijil penyertaan dan lencana.