BENGKEL PENGENALAN KE ARAH ANUGERAH PENGAKAP DUNIA/ SCOUT OF THE WORLD AWARD DISCOVERY 2019(SWAD)

BENGKEL PENGENALAN KE ARAH ANUGERAH PENGAKAP DUNIA/ SCOUT OF THE WORLD AWARD DISCOVERY 2019(SWAD)

Baru-baru ini, satu program telah dilaksanakan iaitu National Scouts of the World Discovery 2019 bagi zon timur yang mana telah melibatkan seramai 120 orang peserta bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail,Kuala Nerus, Terengganu. Program ini dijalankan selama 3hari 2malam bermula dari 25 April 2019 sehingga 27April 2019.

Program ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar @ pengenalan serta melayakkan semua peserta untuk menjalankan projek bagi Scout of the World Award.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Ustaz Wan Sukairi Bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu bersama-sama dengan YBhg Tuan Haji Che Soh Bin Muda, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu dan YBhg. Dr. Amir Hamzah Aman, Pesuruhajaya Pengakap Kebangsaan - MoP.

#MoPMalaysia

#MoPTerengganu

#kelanamalaysia

#swad2019

Started Ended
Number of participants
140
Service hours
3360

Share via

Share