Angin K.E.A.M.A.N.A.N di Bumi SNP Sandakan
Profile picture for user Muhammad Ruzaini Bin Awang_1
Malaysia

Angin K.E.A.M.A.N.A.N di Bumi SNP Sandakan

Segenap masyarakat pasti mengenal kata ‘Keamanan’ apatah lagi simbol keamanan yang sering digunakan. Namun, adakah setiap individu itu jelas dan mesra dengan ‘Keamanan’? Maka, nilai positif disebalik ‘Keamanan’ diterjemahkan oleh Koordinator Kebangsaan Tuan Amir Hamzah Aman di Scouts Nature Park, Sandakan dibantu oleh para jurulatih yang hebat, kreatif dan penuh kecintaan mesej keamanan atau dikenali sebagai ‘MOP’ serta pengenalan SDGs yang penuh makna 80 peserta menyertai Kursus Koordinator MOP Zon Sabah meliputi seluruh daerah di Sabah (Zon Pantai Barat, Pantai Timur, Pedalaman Atas, Pedalaman Bawah, dan 2 zon lagi di Sabah). Tarikh 1-3 Nov 2019 menjadi sejarah kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (PPMCS) bagi mendedahkan, melatih dan seterusnya membawa mesej keamanan ke seluruh daerah di Sabah kepada masyarakat dan komuniti pengakap kanak-kanak, muda, remaja, kelana dan pemimpin. Harapan MOP Kebangsaan berhasrat untuk terus menyampaikan mesej ‘keamanan’ dan bukan sekadar angin lalu. Para pemimpin diharapkan agar terus menyampai mesej ‘keamanan’ melalui aktiviti yang disertai. 'Salam Pengakap, Salam Keamanan’
Started Ended
Number of participants
80
Service hours
1440
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Legacy BWF
Communications and Scouting Profile
Global Support Assessment Tool
Good Governance
Youth Programme

Share via

Share