
SABAH SCOUT KOORDINATOR MoP
'Berpengakap Sana-Sini edisi Kursus Koordinator Messengers of Peace Negeri Sabah 2019'
1-3 November 2019 menyaksikan satu keajaiban berpengakap apabila Sabah merupakan penutup siri Jelajah Kursus Koordinator Messengers of Peace 2019. Pemilihan Sabah sebagai tuan rumah terakhir bagi tahun ini cukup nostalgik kerana para pesertanya unik lengkap mewakili anak muda (Kelana) Kepimpinan tertinggi (Timbalan-timbalan ketua pesuruhjaya) kepimpinan pusat Sabah( Majlis Pesuruhjaya dan Majlis Pemimpin. Kumpulan ini menjadikan kursus kali ini lebih dinamik dan berdaya saing. Satu nada dilaungkan oleh para peserta untuk memastikan Sabah berada di tangga teratas dalam Carta MoP
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sabah, Datuk Dr. Awang Suntim yang juga MoP Ambasor bagi negeri Sabah telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan kejayaan kursus ini. Beliau merupakan orang pertama yang sampai ke tapak kursus (Khamis, 31 Okt) dan merupakan orang yang terakhir meninggalkan tapak kursus (Isnin, 4 Nov). Bertindak sebagai bapa dan juga penasihat kursus, beliau akan memastikan kebajikan para jurulatih dan peserta dijaga.
Kursus bersulamkan teori dan praktikal menjadikan para peserta begitu teruja dan melibatkan diri secara aktif, Empat Jurulatih MoP (Dr. Amir, En. Adha, En. Izwan dan Cik Lau) yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur yang berpengalaman menjadikan kursus tersebut ibarat sambal belacan, walaupun pedas tetapi enak, rasa tidak mahu dilepaskan. Aktiviti tarian MoP, Alele, Permainan dadu, Permainan Buaya Biawak, Lukisan Keamanan dan pembentangan sangat disukai oleh para peserta.
Dalam pelan tindakan coordinator MoP Sabah, mereka berikrar akan membangun dan menyebarluaskan MoP ke akar umbi sesuai dengan slogan sharing is caring dan akan membentuk kehidupan yang lebih baik dalam amalan kepengakapan. Peserta juga berikrar bakal menyuntik pemahaman Inter Religious, Petrimonito, He For She, Safe From Harm, Dialog For Peace, SWA, WSEP, Better World Frame Work dan Sustainable Development Goal.
Kursus yang melibatkan seramai 110 orang peserta, jurulatih, urus setia, dan pembantu telah dijalankan dengan jayanya. Rata-rata peserta berpuas hati bahawa segala kekaburan yang mereka hadapi selama ini telah jelas dan bersedia untuk menebarkan bibit bibit keamanan keseantero Sabah. Sila klik http://bit.ly/2X4vpol untuk maklumat lanjut.
Disediakan oleh,
Messenger Of Peace Malaysia
'Pengakap Mentransformasi Generasi'
#pengakap
#pengakapmalaysia
#mediarasmippm
#scouts
#scoutinginAPR
#malaysianscouts
#myscoutshop
#kamipengakapmalaysia
#salampengakap
#minigalerirumahB_P
#9m2ppm