Sehari ekspedisi bersama Kelanasiswa dan Kelanasiswi
Malaysia

Sehari ekspedisi bersama Kelanasiswa dan Kelanasiswi

Ekspedisi berjalan kaki sepanjang 60 kilometer bersama kelanasiwa dan kelanasiswi Universiti Putra Malaysia di sekitar Putrajaya . Sepanjang ekspedisi tersebut, setiap ahli berpeluang untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam kumpulan antara satu sama lain untuk melengkapkan tugasan-tugasan yang diberi sepanjang perjalanan . Antara tugasan yang dibagi adalah seperti mencari mercu tanda di Putrajaya, membuat anggaran terhadap Tasik besar di Putrajaya, mengukur ketinggian monumen , dan mencari dan membaca "bearing" dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Selain itu, ahli-ahli juga telah membuat kajian terhadap jenis-jenis tumbuhan sepanjang ekspedisi bagi menimba ilmu terhadap alam sekitar lalu menghargai apa jua yang ada di sekeliling sebagai satu ciptaan Tuhan kepada kita. Di samping itu aktiviti ini juga bertujuan membantu ahli-ahli dari kumpulan untuk melengkapkan salah satu lencana wajib ( Lencana Ekspedisi) bagi menenuhi syarat untuk mengambil " Baden Powell Award " pada masa akan datang. Secara keseluruhannya, program tersebut telah banyak menimba ilum kepengakapan kepada para ahli dan turut menyedarkan tanggunjawab diri sebagai pengakap untuk menyumang kepada kelestarian alam sekitar.
Number of participants
24
Service hours
8
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share