PERKHEMAHAN PERAJA  PASIR MAS KALI KE 31
Malaysia

PERKHEMAHAN PERAJA PASIR MAS KALI KE 31

Pada 17 Oktober 2016 hingga 20 Oktober , Persekutuan Pengakap Daerah Pasir Mas telah mengadakan satu Perkhemahan Peraja buat kali ke 31 , Seramai 133 peserta termasuk 10 org pemimpin telah menyertai perkhemahan ini. Perkhemahan ini diadakan selama 4 hari 3 malam di Kem Panglima Kampung Pusu 40, Pasir Mas, Kelantan. Perkhemahan ini diberi tugasan kepada Pengakap Kelana Daerah A dan B untuk mengawal pergerakan peserta ke program dan memastikan kelancaran program berlangsung. Untuk makluman, perkhemahan ini disertai oleh lebih 10 buah sekolah yang terdiri dari Pengakap Kanak - Kanak, Pengakap Muda Dan Pengakap Remaja, serta disertai oleh lebih 20 orang pengakap Kelana yang hadir untuk memberi sumbangan tenaga bagi menyempurnakan perkhemahan ini. Guru - guru iringan juga bertindak sebagai penjaga peserta di tapak perkhemahan yang dibantu oleh pemimpin serta penolong - penolong pemimpin kumpulan pengakap masing - masing. Pelbagai pertandingan telah diadakan seperti pertandingan kawad kaki, masakan, kolaj , pertandingan malam kebudayaan dan pertandingan projek perintis yang diadakan untuk menguji skill dan pengetahuan dalam ikatan dan ilmu hutan. SMK Sultan Ibrahim Satu (1) telah dinonatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi perkhemahan Peraja kali ini untuk katogeri Sekolah Menengah , manakala bagi katogeri sekolah rendah pula disandang oleh Pengakap Sek Ren Kebangsaan Kok Pauh. Tahniah diucapkan atas kemenangan yang diperoleh.
Started Ended
Number of participants
133
Service hours
32
Location
Malaysia

Share via

Share