Profile picture for user Zali Abdul Rahman_1
Malaysia

Pembangunan peribadi melalui perkhemahan DT

Pembangunan peribadi dapat dipupuk dalam kalangan pelajar melalui perkhemahan unit beruniform. Antara pembangunan peribadi yang dapat dipupuk ialah pengurusan masa, berinteraksi dengan orang lain, tanggungjawab dalam pasukan dan kecerdasan teknologi maklumat. Di mana, dalam program perkhemahan dalam talian masih membolehkan pelajar terlibat dalam beberapa aktiviti walaupun perkhemahan sebenar tidak dapat dilaksanakan kerana Pandemik Covid-19.
Program Perkhemahan Unit Beruniform, IPG Kampus Temenggong Ibrahim bagi PISMP Ambilan Jun 200 telah dilaksanakan pada 2 hingga 5 September 2021. Walaupun, program dilaksanakan secara dalam talian, ianya dapat mendedahkan pengalaman pelajar kepada interaksi bersama alam sekitar dan hubungan sosial rakan sebaya.
Impaknya dengan pelaksanaan program perkhemahan ini dapat membentuk kecerdasan literasi komputer, semangat berpasukan dan kemahiran peribadi dalam diri dalam kalangan 105 ahli pengakap, IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Kemahiran kepimpinan dalam memikul tanggungjawab dipupuk dalam diri pelajar.
Dalam program ini, saya dapat memupuk semangat patriotik cinta akan negara dan kecerdasan literasi komputer dalam diri pelajar. Walaupun, dalam situasi Pandemik Covid-19, program masih dapat dilaksanakan dan saya dapat mempelajari kaedah pengajaran secara dalam talian dengan berkesan. Pengurusan perkhemahan secara dalam talian juga mampu membentuk jati diri dalam diri saya.
Started Ended
Number of participants
105
Service hours
1890
Beneficiaries
105
Location
Malaysia
Topics
Interpersonal skills
Leadership
Initiatives
Skills for Life

Share via

Share