Korobori Johor 2016

Korobori Johor 2016

Program Korobori Pengakap Negeri Johor 2016 telah berlangsung selama 3 hari bermula 20 hingga 22 Oktober 2016 di Pusat Kokurikulum Kota Tinggi, di kampung Johor Lama. Program tahunan itu disertai oleh 450 ahli pengakap kanak-kanak dan 180 pemimpin dan pengakap kelana. Seramai 162 pengakap kanak-kanak telah menerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan dikalungkan dengan Rambu Pengakap Kanak-Kanak semasa majlis penutup yang dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Tuan Hj Mohd Norazam Bin Dato’ Osman, wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor. Sebanyak 31 aktiviti pangkalan dijalankan yang menawarkan 100 sijil pencapaian emas korobori, 200 sijil pencapaian peran dan 200 sijil pencapaian gangsa. Selain itu, lawatan ke Muzium Johor Lam juga telah dilaksankan bertepatan dengan tema korobori kali ini iaitu Apresiasi Sejarah. Malahgan turut diadakan program menanam 150 batang pokok bersama dengan komuniti di Teluk Sengat. Program Korobori kali ini dikelolakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Pasir Gudang. Lebih menarik lagi ialah program yang diadakan pada tahun ini bersempena ulang tahun ke-100 penubuhan pengakap kanak-kanak sedunia.
Started Ended
Number of participants
630
Service hours
15120
Topics
Youth Programme

Share via

Share