KEMPEN MEMBERSIHKAN TAMAN REKREASI PANTAI SERASA SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA
Kempen ini telah berlangsung dari pukul 8:00 pagi sehingga 11:30 pagi yang bertempat di Taman Rekreasi Pantai Serasa pada hari Ahad, 26 Julai 2020. Kempen ini dianjurkan oleh Persatuan Pengakap Daerah Brunei dan Muara yang bertujuan untuk membina kesedaran akan kesan-kesan negatif bahan plastik terhadap alam sekitar sekaligus untuk membersihkan kawasan sekitar pantai tersebut. Selain itu, ia memupuk sifat kerjasama dan toleransi serta menerapkan nilai-nilai kemasyarakatan serta peribadi mulia. Kempen ini juga bertujuan untuk menambah pengalaman dan membina hubungan baik antara setiap ahli pengakap.