Kembori Pengakap Keramat
Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Keramat telah menganjurkan Kembori Pengakap Keramat Kali Pertama pada 21hb hingga 24hb Jun 2013 iaitu selama empat hari tiga malam. Kembori pengakap ini bertempat di Kem Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Seramai 250 orang murid dari sekolah-sekolah seluruh daerah keramat terlibat dalam program ini termasuk sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah kepimpinan oleh En. Syamsurri Bin Ali selaku pesuruhjaya daerah keramat.
Kembori ini bertujuan memberi peluang kepada ahli-ahli pengakap untuk menimba ilmu kepengakapan disamping menjalin ikatan persaudaraan antara ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin pengakap khasnya daerah Keramat dan seluruh negeri Kuala Lumpur. Ahli pengakap juga dapat membina semangat kerjasama, hormat-menghormati sesame mereka. Dengan adanya kem ini maka semua ahli pengakap pelbagai peringkat dapat berkumpul dan melaksanakan aktiviti pengakap bersama-sama. Adalah diharapkan agar hubungan ini dapat membentuk kerjasama yang erat di kalangan pemimpin dan peserta.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung. Program di Kembori ini berbentuk stesen berpengkalan dimana peserta perlu bergerak dari satu stesen ke satu stesen bagi mengumpul cop aktiviti. Dengan bertemakan kehidupan rimba, pelbagai nilai-nilai yang diterapkan di dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Kembara Alam ke Gunung Datuk, masakan rimba, memanah, simpulan dan Ikatan, kayak dan aktiviti air, mini zoo, malam kebudayaan dan pelbagai lagi aktiviti menarik.
Kembori Pengakap Keramat ini telah mendapat sambutan dan pujian dari semua peserta yang terlibat. Harapan para peserta dan pemimpin sekolah agar kembori ini akan dapat diteruskan ke siri-siri akan dating kerana perkhemahan seperti ini dapat melahirkan ramai lagi pelajar berjiwa pemimpin dan mempunyai hala tuju dalam setiap aktiviti yang diceburi.