Inisiatif Keamanan Di Labuan Kini Bermula
Pada 28-29 April 2018 yang lalu, bertempat di Labuan International School WP Labuan Persekutuan Pengakap Malaysia WP Labuan telah mnganjurkan kursus Koordinator Messengers of Peace (MoP). Kursus ini terbuka kepada semua pemimpin pengakap di WP Labuan. Seramai 24 pemimpin pengakap telah menikuti ini. Kursus telah dijalankan seawal 8.00pagi dan berakhir pada jam 11 malam.
Pelabagai pengisian disepanjang kursus ini termasuklah sessi suai kenal, pendaftaran WOSM, kaedah memuat naik, pengiraan jam & Facebook MoP, gerak kerja berpangkalan, pengurusan MoP di peringkat Kumpulan/Daerah, Hak cipta & Harta Intelek MoP, penyediaan dan pembentangan kertas Projek dan akhir sekali pelan tindakan dan aku janji MoP.
Kursus ini diadakan dengan kerjasama Labuan International School dan para jurulatih didatangkan khas dari Persekutuan Pengakap Malaysia diketuai oleh Dr Amir Hamzah Bin Aman, Tuan Adha Fikris dan Ms. Yee Ting.
Apa yang menraik disepanjang kursus ini ialah peserta didedahkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ini termasuklah pelbagai jenis permainan, tepukan dan lagu-lagu MoP. Peserta juga dilatih untuk mempelajari Tarian MoP versi malaysia. Uniknya tarian inidimasukkan elemen Joget dan Inang. Tarian MoP juga ditarikan diseluruh dunia olehpara koordiantor yang terlatih.
Program MoP sebenarnya telah diperkenalkan pada tahun 2011. Disepanjang kursus perserta didedahkan dengan pelbagai tingkat pencapaian yang boleh digapai oleh ahli pengakap berumur 16-25 tahun. Selain MoP, ini adalah termasuk Scouts of the World Award program, World Scout Enviromental Program dan Scouts Solar Project. Justeru adalah menjadi tugas dan tanggungjawab koordinator antaranya mempromosikan pencapaian ini kepada ahli pengakap di WP Labuan khususnya dan di Malaysia amnya.
Majlis Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Yang Hormat Dato" Seri Mohd Alias Bin Abdul Rahman selaku Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri WP Labuan. Turut hadir pada majlis yang sama ialah Pesuruhjaya Kebangsaan Dr Amir Hamzah Bin Aman dan Skip Rosni Bin Mohd Daud.
Pada majlis penutupan, tersebut Dato" Seri Mohd Alias menyatakan komitmen pasukan MoP WP Labuan yang kan membantu Pengakap Malaysia dalam meningkatkan khidmat jam yang dilaporkan dalam laman scout.org
"PPM WP Labuan amat komited dalam pembangunan dan misi keamanan yang dibawa oleh pergerakan pengakap. Justeru para koordinator yang telah dilatih ini akan menjadi nadi kepada penyampaian mesej keamanan yang diinginkan" katanya lagi
DIakhir kursus ini, peserta dianugerahkan dengan lencana MoP, skarf MoP dan sijil pengiktirafan koordinator yang disampaikan oleh para tetamu jemputan.