EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG LEDANG I
Ekspedisi Mendaki Gunung Ledang telah dilaksanakan pada tahun ini untuk melatih ahli Pengakap 'outdoor skill' terutama skill kemahiran di dalam hutan serta melatih fizikal ahli Pengakap. Program ini menggabungkan beberapa sekolah lain di daerah Kota Tinggi iaitu SMK Adela, SMK Semenchu dan SMK Bandar Mas. Selain itu, program ini dapat memupuk kerjasama antara peserta dalam kumpulan sendiri dan juga bersama kumpulan pengakap yang lain.