Ekspedisi Keamanan Sejagat 2019
Ekspedisi ini adalah salah satu program MoP yang dianjurkan oleh PPMCS Bahagian Tawau pada 24hb - 25hb September 2019 di Menara Kayangan, Lahad Datu, Sabah.
Seramai 130 orang peserta iaitu terdiri daripada pengakap kanak-kanak, pengakap muda, pengakap remaja, kelana dan juga pemimpin telah menyertai program ini.
Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini dijalankan adalah untuk menyemai nilai-nilai murni dan semangat cintakan kedamaian serta keamanan dalam diri setiap peserta. Aktiviti utama untuk mencapai objektif program ini ialah hiking ke puncak gunung silam sejauh 830 meter.