Cuboree Through Peace
Pada 1-4 November 2019 yang lalu, Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPM WPKL) telah menjalankan Korobori (Cuboree) Pengakap Kanak-Kanak bertempat di Taman Hutan Simpan Komanwel. Program ini melibatkan seramai 370 ahli pengakap terdiri daripada kanak-kanak, dewasa dan pemimpin pengakap. Program ini dijalankan bertujuan menyambut bulan keamanan sedunia dan sebagai tindakan terhadap perubahan iklim.
Program ini merangkumi pelbagai aktiviti menarik seperti Youth United Nations and Global Action (YUNGA) Challenge, Messenger of Peace (MoP), World Scout Environment Program (WSEP), Flora dan Fauna, dan pelbagai permainan menarik. Aktiviti yang berlangsung dalam program kali ini banyak diterapkan dengan program-program Betterworld Framework (BWF) dan Inisiatif United Nations iaitu Sustainable Development Goals (SDGs).
Dalam menghadapi arus pembangunan yang sofistikated ini, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan lebih proaktif dalam menggerakan setiap ahlinya agar terus menjalan dan memberi sokongan dalam menerapkan program-program BWF dan UN agar dapat menyumbang sedikit sebanyak dalam mencipta dunia yang lebih baik.