Profile picture for user aisyah syah_1_1
Malaysia

1st Malaysian Native Scout Jamboree 2019

Perkhemahan Jamboree Orang Asli ini kali pertama diadakan di Malaysia sempena menyambut hari orang asli pada 9 August lalu.

Pada 28 sehingga 31 Oktober 2019, telah berlangsungnya Jambori Pengakap Orang Asli Pertama Peringkat Kebangsaan. Ianya diadakan di Kolej Matrikulasi Gambang, Kuantan Pahang. Seramai anggaran 3000 peserta dari pelbagai unit dan variasi negeri di seluruh Malaysia menyertai perkehmahan ini. Antara aktiviti yang diadakan adalah, sukan air seperti berkayak, abeseiling, pameran budaya dan barangan tradisional orang asli. Saya ditugaskan di bahagian permainan abseiling selama 3 hari sepanjang kem.

Sepanjang kem tersebut, peserta serta ahli pengakap yang lain berpeluang mempelajari budaya orang asli dan mengenali rakan-rakan baharu dari negeri lain di Malaysia.

Apa yang saya pelajari sepanjang kem tersebut, saya dapat berkongsi serta mempelajari budaya masyarakat orang asli di Malaysia serta mengenali pelbagai etnik orang asli.

Started Ended
Number of participants
3000
Service hours
54000
Beneficiaries
3500
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Youth Engagement
Leadership
Initiatives
Skills for Life

Share via

Share