PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI (BEACH CLEANING) DALAM KEM PERDANA (LENCANA PERKHIDMATAN) DI PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU
Malaysia

PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI (BEACH CLEANING) DALAM KEM PERDANA (LENCANA PERKHIDMATAN) DI PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU

Tarikh: 12 Mei 2018 Tempat: Pulai Perhentian, Kuala Besut, Terengganu Peserta : 25 orang Pegawai pengiring : 1 orang pemimpin KLKM UPM Program pembersihan pantai adalah program di bawah Kem Perdana Lencana Perkhidmatan. Pada hari kedua, kami diamanahkan untuk menjalankan program kebajikan iaitu Program Pembersihan Pantai di Turtle Beach. Kami diiringi oleh Tuan Fitri dan senior, Zulhilmi dengan kerjasama pihak 'Ecoteer'. Ahli-ahli 'Ecoteer' iaitu Hayden (London) dan Ben (Tunisia) aktif membantu menjayakan projek perlindungan penyu dan hidupan Marin. Kami telah diberikan dengan beberapa 'checkpoint' untuk melakukan pembersihan pantai di kawasan pulau besar dan pulau kecil. Kegiatan ini seiring dengan tujuan pemuliharaan dan pemeliharaan ekosistem serta konservasi penyu.
Topics
Youth Programme
Youth Engagement
Personal safety
Legacy BWF
Good Governance
Communications and Scouting Profile
Partnerships
Global Support Assessment Tool

Share via

Share