KONSERVASI PENYU-LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT TAMAN LAUT PULAU PERHENTIAN
Tarikh : 11-13 Mei 2018
Ahli-ahli: Pengakap udara Kelanasiswa UPM
Kami telah mendengar taklimat tentang konservasi penyu ketika menjalankan kegiatan Program Khidmat Masyarakat di Pulau Perhentian.Kami diiringi oleh ahli sukarelawan 'Ecoteer' untuk melihat kawasan ternakan penyu. Taklimat yang diberikan oleh pihak Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu amat bermanfaat dan informatif bagi memupuk kesedaran tentang pemuliharaan, pemeliharaan dan kemapanan ekosistem. Kami diperjelaskan dengan kesinambungan kewujudan spesies penyu, kawasan pendaratan utama penyu mengikut statistik, spesies-spesies penyu seperti penyu Lipas (Olive Ridley; Lepidochelys Olivacea), Karah (Hawksbill; Eretmochelys Imbricata), Agar (Green Turtle; Chelonia Myda), Belimbing (Leatherback Turtle; Dermochelys Coriacea) dan Tuntung Laut (Painted Terrapin; Collagur Borneoensis). Beberapa pendedahan tentang program pengurusan yang dilaksanakan turut dinyatakan semasa taklimat. Kami berpeluang melihat penyu secara terus semasa aktiviti 'snorkelling'.