Kem Keahlian dan Vigil Pengakap Kelana Hulu Selangor 2018

Kem Keahlian dan Vigil Pengakap Kelana Hulu Selangor 2018

Pada 20 hingga 22 April 2018, Pasukan Pengakap Kelana C dan D Daerah Hulu Selangor telah mengadakan Kem Keahlian dan Vigil Pengakap Kelana Hulu Selangor 2018. Kem ini bertujuan untuk melantik ahli pengakap kelana yang baru. Seramai 21 orang peserta telah menyertai perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini bertempat di Sungai Kedondong, Batang Kali. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membuat camp craft, sejarah ringkas penubuhan Pengakap, ikatan, wilderness aid, masakan rimba, pemeriksaan dan istiadat pagi serta Istiadat Vigil. Istiadat Vigil telah dirasmikan oleh Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor- Unit Pengakap Kelana merangkap Pemimpin Pasukan Pengakap Kelana Hulu Selangor, Tuan Sahrom Bin Jaafar.

Share via

Share