Profile picture for user abid_danial
Malaysia

ZERO HUNGER PROJECT

Program Zero Hunger Project Tahun 2021 merupakan satu program kebajikan yang diadakan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Program ini diadakan bagi menyantuni mereka di era pandemik sekarang ini. Program ini juga dapat memberi fokus kepada ahli Pengakap Kelana Daerah Bayan Lepas untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.
Sekretariat Pengakap Kelana Daerah (SPKD) Bayan Lepas dan Pasukan Pengakap Kelana 'H' Hedgehog Rovers mensasarkan sebanyak lebih kurang 30 buah rumah. Kutipan duit disalurkan ke akaun Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Bayan Lepas. Sumbangan wang tunai ini digunakan untuk membeli barangan-barangan keperluan.
Dengan program ini, seramai lebih kurang 30 keluarga kurang bernasib baik dapat dibantu di era pandemik ini.
Perancangan yang lebih telus dan teliti perlu diadakan supaya bertambah kuantiti yang dapat dibantu.
Started Ended
Number of participants
10
Service hours
840
Beneficiaries
30
Location
Malaysia
Topics
Youth Engagement
Youth Programme
Humanitarian action
Initiatives
Peace and Community Engagement

Share via

Share