Young Hands For PCB Beach ; Let's Go Clean Up !
Dari peringkat awal perangkaan program, saya telah mencadangkan penambahan idea aktiviti iaitu slot pembersihan pantai kepada seluruh jawatan kuasa program untuk dilibatkan bersama di dalam slot ini. Hal ini kerana, saya telah meninjau laluan eksplorasi lebih awal dan mendapati ianya melibatkan laluan pantai. Keadaan persekitaran pantai yang amat kotor menjadikan timbul perasaan untuk membawa pasukan saya bagi membersihkan kawasan Pantai Cahaya Bulan ini.
Projek ini dilakukan di pesisiran Pantai Cahaya Bulan. Para peserta melakukan eksplorasi dan diawasi oleh para guru pengiring yang hadir dan berhenti di check point pantai. Saya telah memberi sedikit taklimat kepada semua peserta tentang apa misi dan matlamat aktiviti pembersihan pantai ini & aktiviti pembersihan bermula. Program pembersihan ini melibatkan 220 orang penyertaan. 2 jam aktiviti ini berlangsung dan persekitaran pantai menjadi lebih baik dari yang sedia ada.
Faedah projek ini disasarkan kepada seluruh rakyat kampung dan kepada semua pengunjung yang terlibat yang dianggarkan 400 orang dan ianya dijangka melebihi dari jangkaan kerana Pantai Cahaya Bulan ini bukan sekadar dihidupkan oleh kehadiran warga kampung berdekatan malahan turut menjadi tumpuan para pelancong dari pelbagai pelosok negeri
Pengakap tidak hidup dan bergerak dalam ruang lingkup dunia mereka semata- mata, tapi mereka juga keluar dan banyak memberikan perkhidmatan kepada komuniti tanpa mengharapkan ganjaran. Program pemeliharaan alam sekitar banyak dilakukan, namun input & output yang diperolehi pastinya berbeza mengikut kepada bagaimana matlamat SDGs itu diterangkan kepada semua. Pencerahan dan pemberian informasi yang baik, sudah tentu melahirkan seorang pengakap yang baik, bermanfaat kepada komuniti dan sebagainya