Webinar Safe From Harm

Webinar Safe From Harm

Pada 7 Februari 2021, berlangsung Webinar Safe From Harm anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Jawatankuasa Pasukan Latihan Negara dan Jawatankuasa Pasukan Latihan Negeri, Negeri Sembilan. Webinar ini diadakan secara atas talian menerusi Google Meet dan dihadiri sekurangnya 60 orang ahli pengakap daripada pelbagai negeri. Pembentangan ini disampaikan oleh Pesuruhjaya Latihan Negara, Dr Ekbert Yong Yen Loong.

Objektif webinar ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan safe from harm dalam kalangan ahli pengakap. Pemahaman tentang dasar perlindungan kanak-kanak dan polisi juga dikongsikan kepada peserta yang hadir. Wujudnya safe from harm adalah untuk memberi perlindungan kepada masyarakat tentang pelbagai gangguan termasuklah secara fizikal, lisan, sosial dan siber. 

Turut hadir adalah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan, Tuan Aziruddin Bin Abd Aziz. Webinar ini tamat kira-kira jam 11.30 pagi. 

Number of participants
60
Service hours
360
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Youth Engagement
Personal safety

Share via

Share