[THE WASH PROJECT:Update 3] Choose the right one and make it success
Nama kumpulan : Young Griffin’s
Program: Mesyuarat ketiga iaitu pembentangan gerak kerja.
Tarikh : Pada 21 Julai 2018
Masa : Bermula pada pukul 8 pagi hingga 5 petang .
Mesyuarat ini diadakan di Ibu Pejabat Pengakap Pahang.
Peserta: 11 orang
Kami telah mengadakan mesyuarat ketiga setelah selesai memilih projek SWA yang sesuai. Dalam mesyuarat kali ini, objektif yang ingin kami kecapi ialah membina rangka kertas kerja projek,membentangkan belanjawan kasar, memilih pelan pembinaan yang bersesuaian dan tidak memerlukan kos yang tinggi , pada masa yang sama pembinaan projek yang berkualiti tinggi . Pemilihan pelan pembangunan yang bersesuaian amat dominan kerana ia akan memberi kesan kepada belanjawan . Setelah selesai perbincangan, akhirnya pelan pembangunan telah dipilih dan dipersetujui oleh 11 orang ahli . Seterusnya , rangka belanjawan kasar dilakukan bagi melihat gambaran sebenar kos projek yang akan kami laksanakan. Semasa proses pembentangan, terdapat sedikit perbantahan mengenai kos yang tinggi dan agak mustahil untuk dicapai.Pembaharuan dan pengolahan idea telah dilakukan untuk mengurangkan kos projek yang melambung tinggi ini.
#SWAward #SWAPENGAKAPMALAYSIA
#THEWASHPROJECT