[THE WASH PROJECT: UPDATE 3] Pick The Best One And Split The Task
Malaysia

[THE WASH PROJECT: UPDATE 3] Pick The Best One And Split The Task

Nama Kumpulan : Young Griffin’s
Program : Third Meeting SWA
Tarikh : 21/07/2018
Masa : 8am-5pm
Tempat : Ibu Pejabat Pengakap Negeri Pahang.
Peserta : 11 Ahli

Young Griffins telah mengadakan perjumpaan terakhir setelah memilih projek SWA yang sesuai. Objektif yang ingin dicapai ialah bagi merangka kertas kerja projek, merangka belanjawan kasar, memilih pelan bangunan yang sesuai murah pada masa yang sama berkualiti tinggi dan akhir sekali pembentangan gerak kerja bagi setiap ahli kumpulan.

Pemilihan pelan bangunan yang sesuai adalah mustahak kerana ia akan memberikan kesan kepada belanjawan. Dan akhirnya, pelan bangunan telah dimuktamadkan dan dipersetujui ramai. Kemudian rangka belanjawan kasar dilakukan bagi melihat gambaran sebenar kos projek.

Semasa proses pembentangan belanjawan, terdapat sedikit perdebatan mengenai kos projek yang melambung tinggi dan agak mustahil untuk dicapai. Kos yang dikeluarkan amat tinggi pada permulaannya telah dilakukan pembaharuan dan pengolahan idea bagi mengurangkan kos projek.

#SWAward #SWAPENGAKAPMALAYSIA #THEWASHPROJECT

Number of participants
11
Service hours
66
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share