Malaysia

[THE WASH PROJECT : UPDATE 1] First Meet-up

Semakin ramai menunjukkan minat dalam mendaki dan 'jungle trekking' pada zaman kini. Mereka selalunya gemar berkunjung ke air terjun untuk beriadah. Maka, saya terinspirasi untuk mewujudkan kemudahan kepada orang ramai.

Selepas menjalani kursus Scouts of The World Award: Discovery, seramai 6 ahli pengakap kelana G dan 5 ahli pengakap sekolah menengah becadang untuk membentuk sebuah kumpulan dan mengadakan mesyuarat pertama. Perkara yang diketengahkan dalam mesyuarat ini termasuklah penubuhan satu kumpulan bagi memenuhi syarat untuk menjalankan projek SWA dan perbincangan idea awal projek. Idea-idea awal yang bernas telah dilontarkan para ahli dicatit untuk mesyuarat kedua yang akan diadakan.

Pelbagai idea yang holistik dan bernas telah dilontarkan para ahli.
'Brainstorm' dalam projek berkumpulan sangat penting untuk memastikan idea projek yang terbaik dapat dipilih untuk dijalankan.
Number of participants
11
Service hours
44
Beneficiaries
11
Location
Malaysia
Topics
Health lifestyles
Humanitarian action
Healthy Planet
Initiatives
Environment and Sustainability
Peace and Community Engagement

Share via

Share