
WalkSide By Rovs Project - Perkongsian Kepada Bakal Guru (Update 3)
Pada pagi ini, saya selaku wakil kumpulan projek kami ini telah diberi penghargaan untuk memberikan sedikit taklimat berkaitan dengan Scout of the World Award di samping mempromosikan projek kami ini iaitu WalkSide By Rovs Project. Saya telah memberi taklimat perkongsian mengenai projek kami ini pada perhimpunan pagi unit beruniform bagi bakal-bakal guru semester tiga di Institut Pendidikan Guru Kampus dato' Razali Ismail yang seramai lapan puluh orang. Sebagai wakil bagi kumpulan projek ini, saya telah berkongsi dengan sebaik mungkin kepada bakal-bakal guru ini semua serta mengalu-alukan jika mereka hendak turut serta dengan menyumbang penutup botol untuk projek kami ini.