
WalkSide By Rovs Project - Misi Mencari Penutup Botol (Update 1)
Pada hari ini, saya bersama dengan seorang rakan sepasukan saya iaitu saudara Zubair telah membuat kutipan penutup botol bagi projek kumpulan kami ini. Kami berdua telah membuat kutipan penutup botol di kawasan kitar semula serta di kawasan persekitaran di dalam Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah.aktiviti kutipan penutup botol ini di jalankan dengan tujuan untuk menambah bilangan penutup botol yang diperlukan untuk projek kami ini. Jumlah kutipan yang telah kami perolehi sepanjang dua jam ini adalah sebanyak 200 biji penutup botol.