
WalkSide By Rovs Project - Mencuba nasib di IPG pula (Update 10)
Pada petang ini, saya telah membuat satu inisiatif untuk menambahkan lagi jumlah kutipan penutup botol bagi projek kami ini. Saya telah mengambil inisiatif dengan meletakkan beberapa buah kotak di sekitar kawasan ipg beserta dengan poster projek kami ini. Saya telah meletakkan kotak-kotak ini di IPG selama lima belas hari iaitu sehingga 28 Ogos 2018. untuk ini, saya telah mensasarkan kepada seluruh warga institut untuk sama-sama memberi sumbangan penutup botol bagi projek kami ini. Untuk tujuh hari yang pertama, saya telah memperoleh penutup botol sebanyak 75 biji hasil dari warga IPG yang menyumbang kepada kotak-kotak tersebut.