WalkSide By Rovs Project  - Malaysia Ft Indonedia (Update 14)

WalkSide By Rovs Project - Malaysia Ft Indonedia (Update 14)

Saya kembali ke Stesen LRT Dato 'Keramat.

Pada hari ini, kami semua sekali lagi berkumpul di sini untuk menambah baik projek laluan pejalan kaki kami ini. Objektif kami untuk hari ini adalah untuk membuat laluan pejalan kaki ini menjadi lebih panjang serta menebas dan membersihkan semua semak di tepi laluan ini.

Tetapi pada hari ini, kita semua tidak bersendirian untuk melakukan penambahbaikan bagi projek ini. Kami semua amat berbesar hati untuk mengalu-alukan seramai 17 orang pengakap kanak-kanak yang comel dari Gerakan Pramuka Indonesia untuk bersama-sama menyertai kami membuat laluan pejalan kaki ini.

Secara konklusinya, hari ini merupakan hari yang sangat meletihkan namun begitu saya berasa sangat gembira dan berbangga dengan semua ahli kami. Hal ini kerana kerana kami telah berjaya menamatkan projek laluan pejalan kaki kami ini dengan jayanya. Di samping itu, hari ini adalah hari yang sangat menarik untuk saya kerana saya telah berpeluang untuk bekerja dengan pengakap dari Indonesia dan belajar sedikit budaya pengakap mereka.

Number of participants
40
Service hours
8
Topics
Youth Programme

Share via

Share