
WalkSide By Rovs Project - Kita Mengutip Di Kulai Pula (Update 9)
Pada malam ini, saya telah membuat aktiviti kutipan penutup botol di selatan tanah air iaitu di Kulai, Johor. Sepanjang malam ini, saya telah membuat kutipan penutup botol ini di sekitar daerah Kulai. Tujuan saya membuat aktiviti kutipan ini adalah bertujuan untuk memperbanyakkan lagi jumlah kutipan penutup botol bagi projek laluan pejalan kaki ini. Jumlah penutup botol yang telah saya perolehi sepanjang sesi kutipan penutup botol ini adalah sebanyak 77 biji.