
WalkSide By Rovs Project - Hari Ini Harinya! (Update 13)
Hari ini harinya! Hari ini, tanggal 31 Ogos 2018 merupakan hari yang paling istimewa buat saya dan juga seluruh ahli kumpulan Rovs Project. Hal ini kerana, pada harini merupakan hari dimana kami semua telah berjaya meyiapkan laluan pejalan kaki dengan menggunakan penutup botol sebagai bahan utama bagi projek ini. Seperti yang semua sudah sedia maklum, kami seluruh ahli Rovs Project telah bercadang untuk menghasilkan satu laluan pejalan kaki yang menggunakan penutup botol untuk mencapai anugerah Scouts od the World Award sempena 100 tahun penubuhan pengakap kelana dunia dan pada hari ini semua impian kami telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Semoga projek laluan pejalan kaki kami ini dapat memberikan impak positif bagi warga setempat di masa akan datang.