Virgil Online Pengakap Kelana Peringkat Daerah LMS

Virgil Online Pengakap Kelana Peringkat Daerah LMS

Pada 28 Mac 2021 telah berlansung virgil (proses mengenal diri) pengakap kelana secara atas talian yang dianjurkan oleh Perseketuan Pengakap Malaysia Daeah Larut, Matang & Selama (unit pengakap kelana). Program ini dihadiri lebih kurang 25 orang yang terdiri daripada penolong ketua pesuruhjaya negeri, pesuruhjaya daerah, penolong pesuruhjaya daerah dan ahli pengakap kelana sendiri yang berlansung di platform Google Meet.

Tujuan program ini dilaksanakan untuk melantik ahli pengakap kelana yang baharu menerusi upacara virgil secara atas talian. Puan Saliza Binti Hussin bertanggungjawab memberi penerangan kepada ahli kelana baharu tentang asas kepengakapan dalam unit pengakap kelana... Penerangan yang dilansungkan adalah kaedah ulang kaji memandangkan sebilangan besar ahli kelana baharu ialah bekas ahli pengakap remaja. Selepas ulangkaji selesai, upacara virgil dijalankan dan ahli kelana baharu selamat divirgilkan.

Majlis ditutup dengan ucapan oleh wakil Pesuruhjaya Daerah Larut, Matang dan selama dan kami dibenarkan bersurai. 

Number of participants
25
Service hours
150
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme
Legacy BWF

Share via

Share