VIRGIL KELANA A MARAN 1.0

VIRGIL KELANA A MARAN 1.0

Pada 6 sehingga 8 September 2019 yang lalu telah berlangsungnya program Camp Vigil Kelana A Maran 1.0. Program ini diadakan di Kem Tengku Puan, 26500 Maran, Pahang. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 6, 10 orang jurulatih, 3 orang guru pemimpin sekolah peserta dan 25 orang pembantu jurulatih yang terdiri daripada Penagakap Kelana C Pekan, Pengakap Kelana G Kuantan dan Pengakap Kelana A Maran itu sendiri.

Majlis pembukaan program telah dirasmikan oleh Encik Azli bin Hamid iaitu Timbalan Pesuruhjaya Daerah Maran merangkap Pegawai Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah Maran.

     Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program tersebut adalah seperti:-

  1. Pengenalan Pengakap Kelana
  2. Sejarah Pengakap Dunia dan Pengakap Kelana
  3. Penerangan Skim Latihan Pengakap Kelana dan Anugerah Baden Powell Award (BPA)
  4. Penerangan MoP dan Pendaftaran di Scout.org
  5. Protokol Pemakaian Uniform 
  6. Istiadat Pagi
  7. Slot Ikatan dan Simpulan
  8. Slot Kawad Kaki
  9. Slot Persetiaan
  10. Slot Balutan Anduh
  11. Slot Permainan dan Nyanyian Lagu Pengakap
  12. Slot Khidmat Masyarakat
  13. Malam Kebudayaan 
  14. Sesi Muhasabah Diri
  15. Sesi Penyampaian Sijil
  16. Istiadat Menyarungkan Epolet


     Objektif program ini adalah untuk bertujuan menghidup kembali generasi Pengakap dikalangan belia serta melahirkan lebih ramai belia berpengakap yang mempunyai potensi dan jaya diri yang kukuh bagi memajukan agama,bangsa dan negara.

     Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Azli bin Hamid, Timbalan Pesuruhjaya Daerah Maran merangkap Pegawai Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah Maran.

Started Ended
Number of participants
78
Service hours
1404
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Communications and Scouting Profile
Partnerships
Youth Programme

Share via

Share