Ulu Bendul Dikunjungi Tetamu IPG

Ulu Bendul Dikunjungi Tetamu IPG

Suatu perkhemahan unit beruniform telah berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula daripada 27 Ogos 2019 hingga 30 Ogos 2019. Perkhemahan ini disertai oleh para pelajar ambilan Jun 2018 iaitu pelajar semester 3 Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Perkhemahan ini diadakan di Taman Eko Rimba Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta akan aspek-aspek asas perkhemahan, kemahiran ikhtiar hidup, mengembangkan komunikasi dan kreativiti serta memupuk sikap nilai-nilai murni di samping membina keyakinan dan ketahanan dalam kalangan para peserta. Sewaktu perkhemahan tersebut, kami telah melakukan pelbagai aktiviti seperti kawad kaki, masakan rimba, membina gajet, jalan lasak dan asas pertolongan cemas. Semua aktiviti tersebut akan diuji kepada setiap para peserta. Rasionalnya adalah supaya setiap para peserta dapat menguasai elemen-elemen dalam asas perkhemahan dan ikhtiar hidup supaya dapat dipaplikasikan atau dicurahkan kembali kepada murid-murid semasa di sekolah kelak. Pelbagai ilmu dan kemahiran yang dapat kami peroleh melalui perkhemahan ini. Selain itu, perkhemahan ini juga telah memberi keyakinan yang tinggi dan menguji ketahanan fizikal dan mental kami. Perkara seperti ini penting bagi kami untuk membina kekuatan dalaman sebagai seorang guru yang akan menghadapi pelbagai cabaran, dugaan dan rintangan dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang seimbang dari jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang mampu menyumbangkan sesuatu untuk negara seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). 

Started Ended
Number of participants
159
Service hours
3816
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
SDGS

Share via

Share