UJIAN PENARAFAN PENGAKAP RAJA NEGERI SABAH SESI 2019 (UJIAN AKTIVITI AIR)

UJIAN PENARAFAN PENGAKAP RAJA NEGERI SABAH SESI 2019 (UJIAN AKTIVITI AIR)

Ujian Penarafan Pengakap Raja peringkat Negeri Sabah telah diadakan pada 12-16 April 2019 bertempat di Scout Nature Park, Sandakan, Sabah, Malaysia.

Bertujuan untuk menguji tahap tertinggi dalam skim pengakap remaja Persekutuan Pengakap Malaysia. Keterlibatan keseluruhan adalah seramai 150 orang yang meliputi calon pengakap raja dari seluruh Negeri Sabah, jurulatih , petugas, urusetia dan pelawat. Ujian ini juga telah dihadiri oleh pemerhati daripada Persekutuan Pengakap Malaysia, Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua dan ibu bapa.

Antara ujian yang dijalankan adalah :

1. Camping standard
2. Pemeriksaan buku log
3. Temuduga
4. Pertolongan cemas
5. Berenang (Aktiviti air)
6. Kawad kaki dan tongkat
7. Simpulan dan ikatan
8. Backwoods cooking
9. Projek perintis
10. Malam kebudayaan
11. Kemahiran tali temali
 

Majlis Perasmian Penutupan Ujian Penarafan pengakap Raja Negeri Sabah sesi 2019 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Awang Zaini bin Hj. Suntim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap negeri Sabah.

Saya telah menjalankan tugas sebagai KETUA PENARAF, UJIAN PENARAFAN PENGAKAP RAJA NEGERI SABAH SESI 2019.

Started Ended
Number of participants
150
Service hours
4500
Location
Malaysia

Share via

Share