Ujian Lencana Aktiviti Ekstrem (Kelana) Anjuran daerah Kota 2020
Satu ujian lencana aktiviti ekstreme untuk ahli-ahli pengakap Kelana Krew E, daerah Kota telah diadakan pada 19 September 2020 (Sabtu) di Escape, negeri Pulau Pinang. Ketua pengelola merangkap Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kota (Unit Kelana), encik Eric Lim mengatakan bahawa aktiviti adalah menarik lagi mencabar untuk semua peserta demi menguji tahap kecergasan mereka. Program ini telah dirancang bersama pesuruhjaya daerah selama 2 bulan sebelum rancangan ini dikemukakan kepada Ibu Pejabat PPM dan PPM Negeri Melaka untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak-pihak tersebut. Wall Climbing dipilih tuntuk ujian kali ini setelah prasarana disemak dan keselamatan dipertimbangkan. Lencana ini merupakan salah satu pilihan (elektif) bagi melayakkan seseorang ahli pengakap kelana untuk mencapai Anugerah B-P. Seramai 30 orang (27 orang ahli pengakap kelana dan 3 orang pemimpin) menyertai program kali ini. Adalab bersyukur bahawa tidak ada kemalangan ataupun kecederaan berlaku dan semua ahli pengakap kelana lulus dalam ujian kali ini.
Sebelum program ini dirancang, pelbagai factor telah dipertimbangkan, contohnya keselamatan peserta, tambang dan tiket, kesihatan dan kecergasan dan sebagainya. Ini adalah penting untuk mamastikan semua ahli pengakap kelana dapat malaksanakan ujian dalam keadaan yang selamat. Senarai panduan cergas diri telah diedarkan kepada semua dan taklimat diberikan untuk mengelakkan kemalangan. Setiap dua minggu, kami akan mengadakan perjumpaan atas talian untuk kemas kini tentang tahap kesihatan dan kecergasan para peserta. Persediaan ini adalah mustahak untuk mengenalpasti kesungguhan ahli-ahli pengakap sebelum menghadapi cabaran yang sebenar.
Pada hari ujian, semua peserta bangun dan siap sedia pada pukul 8 pagi. Suhu badan setiap peserta diambil dan direkodkan untuk memastikan kesihatan fizikal dan langkah berjaga-jaga semasa wabak covid-19. Kami juga memastikan semua peserta telah bersarapan agar mempunyai tenaga yang diperlukan. Sarapan merupakan sumber tenaga yang penting agar badan semua peserta dilengkapkan dengan tenaga demi menjalankan aktiviti harian. Kami bertolak ke tempat ujian iaitu Escape dengan pengangkutan swasta (grab car). Kami menyediakan tiket yang dibeli sebelum ini sebaik sajaha tiba di destinasi. Pihak Excape juga menyediakan seorang pegawai keselamatan untuk memberi taklimat kepada kami sebelum aktiviti dijalankan. Dalam taklimat tersebut, cara keselamatan dan tindakan kecamasan telah diberikan. Maka kami menghala ke tempat ujian setelah taklimat diberikan. Para peserta dibahagikan kepada 4 pasukan dan diketuai oleh seorang ketua yang dipilih oleh mereka. Percubaan untuk memanjat adalah diberikan sekali kepada semua peserta sebelum ujian sebenar. Setelah aktiviti memanaskan badan dilakukan, semua peserta dikehendaki memanjat dinding sebanyak 3 kali. Ini adalah syarat yang tertulis dalam skim latihan pengakap kelana untuk melayakkan diri lulus dalam ujian lencana aktiviti ekstrem. Satu pertandingan dianjurkan selepas ujian ini, iaitu perlawanan antara pasukan bagi menentukan johan pada hari ini. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan ahli-ahli pengakap kelana dalam kerja berpasukan semasa menghadapi cabaran. Tolong-menolong antara satu sama lain merupakan prinsip pengakap.
Program ini amat berjaya dilangsungkan oleh unit kelana bagi daerah Kota. Semua peserta gembira tentang ujian ini dan dicadangkan untuk tahun depan. Walaupun kelihatan letih pada muka setiap individu, tetapi keseronokan dalam hati adalah begitu ketara. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta dan pembantu secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program kali ini. Kami berharap daerah Kota dapat menganjurkan proram sebegini dan mendapat sambutan yang lagi menarik pada masa akan datang.