
TUARAN SCOUT INTERNATIONAL CAMP 2016 (2ND TUARAN DISTRICT CAMP 2016)
Perkhemahan telah diadakan di IPG Kent, Tuaran, Sabah... Sebanyak 33 aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung... Program ini telah dihadiri oleh peserta dari seluruh Sabah dan juga oleh Pramuka dari Indonesia... Semua peserta mempersembahkan disiplin yang cukup matang dan berkebolehan untuk menyelesaikan setiap aktiviti yang telah diadakan di sana... Pada malam Indaba dan Gilwell, telah diadakan majlis penyampaian Anugerah Rambu Pengakap Kanak-Kanak dan Rambu Pengakap Muda oleh wakil Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah iaitu YBhg. Mejar Hj Baharudin bin Dato' Chinchang Ujang, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah 1 kepada penerima yang telah lulus dengan jayanya untuk dianugerahkan rambu tersebut. Perasmian penutupan telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr Awang Zaini Haji Suntim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah... Dalam masa yang sama telah diadakan majlis pengalungan Manikayu 2 Butir dan majlis Anugerah Sijil Kepujian Pemimpin Negeri dan Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara oleh YBhg. Datuk..