Thailand National Moot 2019
Malaysia

Thailand National Moot 2019

mewakili Malaysia ke National Moot Thailand 2019 di VAJIRAVDUH SCOUT CAMP, Thailand. Yang bertemakan "Service to Create A Better World"

peserta Malaysia seramai  96 orang dari pelbagai negeri dari Malaysia. selain itu, kami dari Johor seramai 9 orang telah bertolak 2 hari awal sebelum bermula perkhemahan, kami berkumpul di rumah Pengakap Kluang, Johor. pada malamnya kami menerima bendera pelepasan oleh Tn Haji Yaacob bin A Karim, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, beberapa pesanan dan ingatan telah diberikan kepada kami agar berhati - hati sepanjang perjalanan ke thailand serta menjaga nama baik pengakap Johor.

sepanjang program berlangsung, peserta moot secara tidak langsung telah didedahkan kepada beberapa aktiviti kumpulan yang cukup mencabar antaranya berjalan kaki sejauh 10 km ke pantai Chonbori, Thailand. Malah para peserta juga didedahkan dengan program - program WOSM seperti SWA, MOP, SWEP, SDGs dan lain-lain. Pada masa yang sama, peserta juga dibawa untuk mengecat beberapa bangunan dikawasan Chonbori untuk merealisasikan motto pengakap kelana iaitu Berkhidmat.

banyak pengalaman yang kami dapat sepanjang perjalanan menaiki van dari Johor sehingga ke Chonbori, yang mengambil masa 2 hari perjalanan (1838KM) serta pulang semula ke Johor yang anggaran kira-kira 3676 KM perjalanan yang telah kami tempuhi tanpa dikira perjalanan kami untuk ke perhetian makan dan belanja keperluan diri.

 

Started Ended
Number of participants
97
Service hours
4656
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme
SDGS

Share via

Share