Taklimat Pengenalan Pengakap Kelana 2019
Pada 31 Julai 2019, telah berlangsung Taklimat Pengenalan Pengakap Kelana di SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah, Perak. Seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan enam telah terlibat dalam taklimat ini.
Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan pengakap, aktiviti dalam pengakap serta anugerah yang wujud dalam pengakap. Pelajar juga diajar tentang konsep "better World Framework", suatu program pelajaran yang dibentuk untuk orang muda melakukan kempen dan rancangan tindakan bagi mengatasi isu dunia. Selain itu, elemen yang berkaitan 17 "Sustainable Development Goals" turut diajar untuk pelajar faham masalah yang dihadapi global dan cara untuk mengatasinya.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh pengetua sekolah. Dua orang penceramah jemputan dan pembantu turut menerima saguhati sijil penghargaan daripada pihak sekolah.