Sungai Petani adakan Discovery Lah...

Sungai Petani adakan Discovery Lah...

Betapa terujanya saya dapat menjejakkan kaki buat pertama kali ke negeri jelapang padi di utara tanah air, Kedah. Mengapa saya begitu teruja untuk datang ke negeri Kedah ini? Ia kerana negeri Kedah telah menjadi tuan rumah untuk bengkel Scout of the World Award (SWA) Discovery Zon Utara. Selain dari merupakan kali pertama buat saya ke negeri Kedah, saya juga merupakan wakil tunggal pengakap kelana bagi negeri Terengganu untuk menyertai bengkel SWA Discovery tersebut. bengkel SWA Discovery bagi zon utara ini telah diadakan selama tiga hari dua malam di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. selain negeri Terengganu, terdapat juga wakil dari beberapa buah negeri seluruh Malaysia seperti wakil dari negeri Johor, Negeri Semblian, Perak, Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perlis dan Kedah. Jumlah peserta yang terlibat dalam bengkel SWA ini adalah seramai 91 orang dan turut dibantu oleh tujuh orang koordinator SWA dan beberapa orang urusetia . dalam bengkel ini, saya telah didedahkan mengenai apa itu Better World Framework dan juga mengenai Sustainable Development Goals (SDG) yang menjadi rujukan utama bagi semua peserta bengkel SWA discovery ini. hal ini kerana, setiap projek SWA yang akan dihasilkan mestilah berpandukan elemen-elemen yang terdapat dalam SDG tersebut. selain dari itu, saya juga telah didedahkan dengan contoh-contoh projek SWA yang telah dijalankan. saya dan peserta bengkel yang lain juga telah diberi pendedahan tentang cara-cara menghasilkan kertas kerja projek dengan betul.
Started Ended
Number of participants
100
Service hours
24
Topics
Personal safety
Legacy BWF
Youth Programme

Share via

Share