SUKARELAWAN BANJIR DI KELANTAN
Malaysia

SUKARELAWAN BANJIR DI KELANTAN

Pada 6 - 8 Januari 2017 bersamaan hari Jumaat- Ahad, Bridged Sukarelawan Universiti Sains Malaysia telah mencari beberapa sukarelawan sama ada ahli atau bukan ahli untuk persatuan tersebut untuk Misi Bantuan Banjir ke Kelantan. Umum mengetahui bahawa pada setiap awal tahun, gelombang banjir pasti melanda negeri-negeri yang terletak di kawasan Pantai Timur akibat musim tengkujuh yang berpanjangan. Namun, pada waktu ini, kebanyakan pelajar USM sedang menghadapi peperiksaan akhir dan Alhamdulillah saya sendiri dapat mengikuti program ini disebabkan kertas peperiksaan terakhir saya adalah pada 6 Januari tersebut. Saya bersama seorang rakan tercinta saya bernama Norsyuhadah Mohammad daripada KLKM USM telah mengikuti misi bantuan banjir ke Kelantan ini atas dasar keprihatinan membantu masyarakat yang terlibat dengan banjir pada ketika itu. Seramai 30 orang sukarelawan telah mengikuti misi bantuan ini. Kami diberi taklimat mengenai perjalanan bantuan kami pada esok harinya dan kami di pesan untuk menyediakan fizikal dan mental kerana kawasan yang bakal dilawati merupakan kawasan yang dilanda teruk banjir. Kami telah menerima sepasang baju untuk menyeragamkan semua sukarelawan dan kami bermalam di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia. Pada 7 Januari 2017, kami telah bergerak seawal jam 8.00 pagi telah bergerak ke Sekolah Kebangsaan Bunohan. Kami dimaklumkan pada perancangan awal untuk pergi ke kawasan Rantau Panjang namun disebabkan keadaan masih tidak stabil dan memikirkan keselamatan ahli dan nasihat daripada Jabatan Pertahanan Awam, maka kami telah pergi ke SK Bunohan. Pada 8 Januari 2017 iaitu hari terakhir kami di Kelantan, kami telah bergerak seawal jam 8.00 pagi untuk ke Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1 dan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2. Kawasan ini kami difahamkan mengalami banjir yang teruk dan kemudahan sekolah ini terutama tandas banyak yang tersumbat akibat banjir. alhamdulillah, semuanya dapat dijalankan dengan baik sebagai mahasiswa.
Started Ended
Number of participants
30
Service hours
24
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share