sparkling light Kampung Orang Asli Peta hutan simpan Endau, Rompin
31/8-2/9/2018
KAMPUNG SELAI BEKOK,
HUTAN SIMPAN ENDAU-ROMPIN
Objektif:
1. Projek ini dilakukan untuk memberi kemudahan kepada komuniti di kampung orang asli tersebut.
2. Projek lampu solar ini juga dilakukan kerana ingin menjaga keselamatan masyarakat di kampung tersebut kerana mereka tidak diberikan kemudahan yang cukup dari segi lampu jalan raya.
Pada 31.8.2018, kami telah berkumpul di UMT untuk bertolak ke Johor bagi melaksanakan projek yang akan dilakukan. Kami melakukan projek ini selama 3hari 2malam di Kampung Selai Bekok, Hutan Simpan Endau, Rompin. Kami telah bertolak pada waktu malam iaitu pada pukul 10.30. Kami telah pergi ke sana dengan menaiki sebuah van dan sebuah kereta beroda empat. Seramai 9 orang pelajar yang pergi ke program ini. Perjalanan kami mengambil masa dalam lebih dari 10 jam. Kami telah tiba di Johor pada pukul 11 pagi dan kami dikehendaki menunggu pelajar dari UTHM. Hal ini kerana kami ingin pergi ke Kampung Selai Bekok, Hutan Simpan Endau,Rompin secara bersama. Setelah kesemuanya tiba, kami telah bertolak pergi ke kampong Selai Bekok, Hutan Simpan Endau,Rompin. Perjalanan kami ke sana mengambil masa dalam 2jam untuk masuk di kawasan Kampung tersebut. Untuk pengetahuan, kawasan kampong tersebut diduduki oleh komuniti orang asli. Setelah tiba di sana, kami berjumpa dengan Tok Batin di kawasan kampong itu. Tujuan kami berjumpa dengan beliau adalah untuk memberitahu tentang ketibaan kami di kampung tersebut dan memberi sedikit cenderahati kepada beliau. Selama 3hari 2malam disana, kami telah meminta izin untuk menumpang teduh di kawasan sekolah tersebut.
Pada hari pertama, setelah selesai membersihkan diri kami telah bermula untuk melakukan tugasan pertama projek kami. Kami telah dipecahkan kepada 2 kumpulan. Kumpulan kami dikehendaki untuk melaksanakan ‘solar street lamp’. Satu kumpulan untuk melakukan ‘street solar lamp’ dan satu kumpulan lagi menyediakan lampu solar di Jeti. Untuk tugasan yang pertama, kami dikehendaki mencari dan menanda kawasan yang bersesuaian untuk meletakkan tiang lampu supaya memudahkan kami untuk melakukan tugasan yang seterusnya. Pada sebelah malam, kami telah mebincangkan tentang penyediaan pelaksanaan lampu solar supaya ianya memudahkan urusan kami pada esok hari.
Hari kedua, pada sebelah pagi kumpulan kami dikehendaki menguruskan dahulu bahagian utama tiang lampu dan untuk membuat tiang lampu ini kami menggunakan paip PVC. Antara langkah kerja yang kami lakukan ialah pertama kami dikehendaki membancuh simen. Setelah membancuh simen kami meletakkan simen tersebut didalam dan diluar paip supaya tiang paip tersebut kukuh. Seterusnya, kami dikehendaki membiarkan dahulu simen tersebut mengeras untuk melakukan kerja seterusnya. Kumpulan yang lain, mereka dikehendaki untuk memasang lampu solar di kawasan jeti. Pada sebelah petang, kami meneruskan kerja kami dengan memasang bahagian paip dan lampu solar untuk membentuk satu tiang lampu. Pada waktu malam, kami menguji keberkesanan lampu solar tersebut supaya ianya dapat digunakan. Pada hari ketiga, kami bertolak pulang.