South Gyeonggi Council and Sabah Scout Council Scout Cultural Exchange program 2020
Kota kinabalu, Sabah 11 Januari 2020, Pengakap South Gyeonggi Council, Korea Scout Association telah mengadakan program pertukaran budaya, ilmu kepengakapan dengan Pengakap Sabah, bertempat di Kota Kinabalu, Sabah. Pengakap South Gyeonggi Council diwakili ketua delegasi Mr.Joahyung Lee@Swallow, serta di bantu oleh Pemimpin Pengakap Park Hyun Jung, Joo Hye In, Hong Yoo Na dan Kim Hong Ki dan Pengakap dari sabah diwakili Oleh Wakil Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Datuk Dr. Awang Zaini Hj.Suntim iaitu Pesuruhjaya Program Pengakap Negeri Sabah, Encik Raymond Epun serta dibantu oleh Pesuruhjaya antarabangsa Negeri Sabah Encik Suszma Khairstzi Mamat, Penolong Pesuruhjaya Negeri, Dr.Zhamriee Gulam Rasul, Pesuruhjaya Ibupejabat Program Negeri Sabah Encik Abdul Razik Tiksoy, Pesuruhjayai ibupejabat Pengakap Kanak kanak Haji Franjie Abdul Rahman, Pesuruhjaya Daerah Sembulan, Cik Surilla stimol dan Pesuruhjaya Daerah Inanam, Encik Mohd Rizan Gulam Hussein dan Krew Kelana serta Pengakap Muda Remaja dari Kumpulan 08, Maktab Sabah.
Program anak angkat (home hospitality) untuk pengakap kanak-kanak dari South Gyeonggi Council turut diadakan seramai 10 keluarga pengakap sabah mengambil bahagian bagi menampung seramai 18 orang Pengakap kanak-kanak.mereka akan bermalam dengan keluarga angkat masing masing.
Antara program yang telah diatur seperti Lawatan ke Signal Hill, bangunan Tun Mustapha, Lok kawi Zoo, melihat keunikan budaya sabah di Mari Mari Folk Village, Kionsom, kiulu water rafting, Kinabalu National Park World Heritage site, pasar buah-buahan Kundasang, Kolam air panas hot spring, jambatan gantung, Menara tinjau Nabalu, serta Sungai Rampayan ikan tagal dan probosis. Selain itu mereka juga melawat disekitar bandaraya kota kinabalu dan melawat Jesselton point dan pulau sapi bagi aktiviti air dan menyelam. Sebelum mereka meninggalkan Bandaraya Kota Kinabalu, makanan malam turut diadakan di restoran makanan laut Nelayan. Selesai menjamu selera dalam jam 9.00 malam peserta bergerak ke Lapangan Terbang antarabangsa Kota Kinabalu. Kebanyakan para dan pemimpin pengakap korea South Gyeonggi teruja dengan keindahan dan layan pengakap sabah sepanjang mereka berada di sabah. Akhir kata semoga perjalanan pengakap South Gyeonggi sampai ke destinasi dengan selamat dan dipermudahkan oleh yang maha esa.