Skaf GILWELL & Kalung MANIKAYU Buat Pemimpin Sejati
Setiap pemimpin pengakap ingin menjadi seorang pemimpin pengakap yang sejati. Meskipun bukan mudah tetapi tidak mustahil. Buktinya ialah skaf Gilwell dan kalung Manikayu yang dipakaikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Datuk Dr. Awang Zaini Hj. Suntim kepada penerima sesi 2019 pada Majlis Pengalungan Manikayu Bahagian Sandakan. Teruja, kepuasan dan penghargaan diucapkan oleh para jurulatih unit latihan En. Barmuli Parudin dan En. Lasalama Lai selaku Jurulatih Negeri dan Kebangsaan. Syabas dan berbaktilah kerana skaf dan kalung tersebut menandakan bahawa andalah peneraju yang akan melahirkan lebih ramai pemimpin pengakap sejati pada masa hadapan. Salam Pengakap!