Si Comel, Peserta Perkhemahan Pengakap Khas Kali-2

Si Comel, Peserta Perkhemahan Pengakap Khas Kali-2

Seramai 17 orang murid pendidikan khas iaitu Pengakap Khas telah menyertai Perkhemahan Pengakap Khas Kali-2 Peringkat Daerah Kinabatangan Tahun 2019. Salah seorang peserta, digelar ‘Si Comel’ oleh kerana gelagatnya yang mencuit hati. Selain rajin, Si Comel juga seorang yang mudah mesra, periang dan aktif. Perkhemahan ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Garam 2, Kinabatangan dengan juga membawa pernyertaan daripada Pengakap Khas SMK Bukit Garam 2. Penglibatan Pengakap Khas dalam perkhemahan kali ini menjadikan ia sebagai suatu pengalaman yang bermakna. Kira-kira seramai 8 orang guru sebagai guru pengiring dan 15 orang petugas yang terdiri daripada Pengakap Kelana turut membantu untuk memastikan perkhemana berjalan dengan lancar. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah simpulan dan ikatan, masakan rimba, sayang si buta, jungle tracking, pandu arah, merentas halangan dan malam pengakap. Menariknya, semua peserta dapat melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dijalankan. Ini termasuklah Si Comel yang sangat aktif dan periang. Majlis penutupan perkhemahan turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Kawasan Sandakan Zon I, Pesurujaya Daerah, dan telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mordin bin Hj. Mohd Daud selaku pengetua SMK Bukit Garam 2.
Started Ended
Number of participants
40
Service hours
720
Topics
Good Governance
SDGS

Share via

Share